Pemalas, Balik Sekolah Terus Tidur!

Sapa boleh bagitau?
Balik dari sekolah,
rasa penat sangat,
mengantuk sangat,
baring je terus tidur.

Kenapa jadi cikgu ni penat sangat?


Dulu,
masa aku masih sekolah,
tengok abang yang jadi cikgu,
balik skeolah terus tidur,
masa tu fikiran aku jahat,
"Apa ni? Balik sekolah terus tidur, pemalas betul. 
Balik tunggu orang masak pastu makan pas tu tidur"

Sekarang,
nampaknya aku sungguh salah.
Ternyata benar sangkaan ku itu salah.
Biarpun sekadar praktikum,
seminggu cuma mengajar selama 10 waktu,
kepenatan sebagai seorang guru sangat terasa.
Apatah lagi dibandingkan dengan guru-guru tetap,
yang mempunyai waktu mengajar sehingga 30 waktu seminggu.
Itu baru mengajar dalam kelas.
Tak termasuk lagi dengan aktiviti kokurikulum,
pertandingan, mesyuarat dan lain-lain.



Ulasan